Seandaikata…
September 6, 2008 by ♥sue♥
Seandaikata esok aku tiada lagi…..
Biarlah catitan ini menjadi kenang-kenangan…
Seandaikata esok bayanganku hilang…
Biarlah namaku jadi ingatan….
Kerana masa berputaran…..
Aku bimbang tidak berkesempatan….
Mengulanginya semua sepanjang perjalanan….
Seandaikata aku tidak sempat bertemu…
Empat mata dengan mu….
Aku mohon segala kemaafan….
Bagi setiap kesalahanku….
Bagi lisan yang tidak terjaga….
Bagi hati yang sering berprasangka….
Bagi janji yang mungkin sering di mungkiri….
Aku bimbang…
Seandaikata esok yang bertandang…
Aku tidak mampu menaip namamu lagi…..
Aku tidak mampu menyebut namamu lagi….
Aku tidak mampu menunggumu lagi….
Aku tidak mampu merinduimu lagi….
Dan yang paling aku bimbang….
Jika aku tidak mampu sujud
padaMu lagi….
Jika aku tidak mampu menyebut kalimah-kalimahMu lagi…
Jika aku tidak mampu berlari di mukabumiMu ini lagi…
Jika aku tidak mampu menikmati keenakkan dari rezeki yang engkau beri…
Jika aku tidak dapat menafaatkan segala keafiatan yang selama ini kau beri….
Segalanya seandaikata aku tiada berkeupayaan untuk itu lagi….
Seandaikata kau tatap coretanku ini….
Anggaplah coretan ini hanya sekadar basa basi….
Bagi mengisi masa pengganti diri…..
Aku tidak pandai menyusun kata….
Bermain dengan tinta……
Aku menulis seadanya……
Sekadar meluah rasa dari ilham jiwa……..
::taken from mimie@mangkukhayungroup::